Rabu, 18 Julai 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Lihat Artikel

Selamat Datang Ramadhan. Ucapan selamat menjalani ibadat berpuasa buat anak-anak didik di SK Merlimau Satu, guru-guru serta semua staf sokongan . Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya. Hayatilan info Ramadhan...


Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.


Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Hukum Berpuasa:
Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Dalil Kewajipan Berpuasa:

Firman Allah s.w.t:

Jumaat, 22 Jun 2012

Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2012

Lihat Artikel


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T yang Maha Kuasa, sambutan Majlis Israk dan Mikraj yang kami rancang telah berjalan lancar. Di sebalik perancangan kita, pastinya ada " Perancang" yang terbaik. 
        Pertama sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak pentadbir yang memberi sokongan, ahli panitia Pendidikan Islam & jQAF, rakan-rakan guru dan tak lupa buat pengusaha kantin  yang bermurah hati menyumbang jamuan di majlis ini, Beliau telah mengaqiqahkan 7 orang anak yatim sekolah kita. Jazakallahul khair.
Seterusnya, lihatlah gelagat guru-guru yang sentiasa memberi komitmen ....



 Rewang pada petang Khamis.

Jamuan Guru

Khamis, 21 Jun 2012

Salam Kembali

Lihat Artikel
Assalamualaikum… 

  •  Salam untuk semua, terutama yang sudi-sudikan diri untuk singgah ke Blog Pendidikan Islam & jQAF, dulu Blog jQAF SKM 1. 
  •  Syabas buat semua guru-guru jQAF yang banyak menggalas tugas. Bukan saja “tugas utama” kita, tapi berbagai tanggungjawab sudahdipikul…Penyelaras SPBT, SU KO, SU HEM…dll. Tahniah, moga usaha kita tak sia-sia. Insya Allah. 
  •  Dan, seterusnya..telah kembali tugas kita, mengisi ELAPORAN sesi Jun 2012. Di sini, saya sertakan ELAPORAN V12 untuk tahun 1 hingga 6 untuk dikongsi bersama. Moga dapat dimanfaatkan. 

Rabu, 21 Julai 2010

Melahirkan Generasi Rabbani...

Lihat Artikel

Setelah sekian lama menyepi,kini jQAF SK Merlimau 1 akan kembali mencatat segala aktiviti jQAF SK Merlimau 1 samada yang telah dijalankan dan perancangan aktiviti yang bakal dijalankan.

Dua minggu yang lepas, guru-guru jQAF SK Merlimau 1 telah berpadu tenaga menyiapkan e-laporan untuk 6 bulan pertama. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan komitmen yang tinggi, e-laporan bagi tahun 1 hingga 6 telah berjaya disiapkan.

Sebelum mengisi maklumat di dalam e-laporan, ujian pencapaian jawi 6 pertama untuk tahun 1 hingga 6.

Insya Allah,KBS 3 akan menyusul pada minggu hadapan. KBS kali ini akan lebih ditumpukan kepada bacaan wajib dan sunat dalam solat. Harapan kami agar murid jqaf mampu menunaikan solat dengan betul sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Insya Allah...


Rabu, 4 November 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009

Lihat Artikel


Alhamdulillah...Tahun ni 4 Kem Bestari Solat telah berjaya di jalankan dengan jayanya. Tahun depan bilangan pelajar makin bertambah.Usaha pun mesti ditambahah nampaknya. 

Sekarang ni usrah jQAF SKM 1 perlu memikirkan inisiatif yang lebih teratur dan sistematik untuk memastikan keberkesanan Kem Bestari Solat terutamanya pelajar tahun 6 yang akan melangkah ke alam sekolah menengah. Harapan kami, anak sulong jQAF akan menampakkan perbezaan. Harapan kita semua.....Insya Allah.

e-Pelaporan Oktober 2009

Lihat Artikel
Alhamdulillah....e-pelaporan dah pun selamat disiapkan oleh ahli usrah jQAF SKM 1. Hasil kerjasama kita semua, Insya Allah.... apa yang penting? Kerjasama kan? Harapan ita bersama agar jQAF SKM 1 tahun depan akan lebih memberangsangkan dan berjalan seperti yang di rancang. Sebenarnya, kebenaran tak perlu disembunyikan, kita sama-sama realisasikan....Berani kerana benar.

Pasal Ihtifal tu, janganlah kita sedih. Dah tak de rezeki kita. Insya Allah, tahun depan kita tingkatkan usaha dan buat persediaan lebih awal. Kita kena buktikan yan kita mampu lakukan yang terbaik.

Insya Allah... "2010" tahun kemuncak jQAF bagi sekolah 2005. jQAF SKM 1 pasti cemerlang!!!!!!!!!!


Ahad, 24 Mei 2009

PELAPORAN j-QAF JUN, 2009.

Lihat Artikel
Ahamdulillah, j-QAF SK Melimau 1 telah pun download e-laporan dari jqafmelaka.blogspot. Tahniah wa syukran untuk jqafmelaka kerana sumbangan yang berguna buat kami semua. 

Buat warga j-QAF Melaka dan lain-lain negeri, sama-samalah kita berjuang menyiapkan e-laporan ni. Moga-moga laporan kita tepat, cepat dan hebat.

Kita kena sahut cabaran Ketua Sektor SSPIM Melaka yang sentiasa menyebut " j-QAF Melaka World" dan matlamat pendidikan Melaka yang berprinsip " Melaka no 1". Apa yang penting, harap-harap kita semua dapat menyiapkan e-laporan tepat pada masanya...Insya Allah.

Jumaat, 22 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Lihat Artikel
Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Itulah ucapan keramat dari pelajar-pelajar yang membuatkan kita yang bergelar pendidik sayu menusuk dalam kalbu.

Maka berbanggalah wahai guru-guru....renungilah puisi Sasterawan negara, Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa
Jika hari ini Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden memerintah sebuah negara
Jika hari ini ulama yang mulia
Jika hari ini peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa saja yang menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar baca tulis...