Rabu, 18 Julai 2012

Ahlan Ya Ramadhan


Selamat Datang Ramadhan. Ucapan selamat menjalani ibadat berpuasa buat anak-anak didik di SK Merlimau Satu, guru-guru serta semua staf sokongan . Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya. Hayatilan info Ramadhan...


Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.


Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Hukum Berpuasa:
Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Dalil Kewajipan Berpuasa:

Firman Allah s.w.t:

Artikel Terkait