Jumaat, 10 November 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELAJAR TAHUN 6
TAHUN 2017M /1439H
 SK MERLIMAU 1

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Berkat usaha da komitmen ahli Panitia Pendidikan Islam SK Merlimau 1 yang sentiasa bersatu hati, pada tahun ini kami telah mencapai target 80% iaitu 84 orang daripada 105 orang pelajar tahun enam khatam Al-Quran dengan CEMERLANG. 




Indah sungguh susunan Allah Taala. Dengan pencapaian ini, SKM 1 telah dianugerahkan ANUGERAH PROGRAM jQAF kategori Kemenjadian Murid Tahun 6. 




Terima kasih dan penghargaan kami rakamkan kepada semua Warga SKM1 yang sama-sama membantu dan menyokong penuh usaha kami. Tanpa kalian semua, mustahil kejayaan ini dapat kami genggam. 

Artikel Terkait

Newest Post