Jumaat, 10 November 2017

Lihat Artikel
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELAJAR TAHUN 6
TAHUN 2017M /1439H
 SK MERLIMAU 1

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Berkat usaha da komitmen ahli Panitia Pendidikan Islam SK Merlimau 1 yang sentiasa bersatu hati, pada tahun ini kami telah mencapai target 80% iaitu 84 orang daripada 105 orang pelajar tahun enam khatam Al-Quran dengan CEMERLANG. 




Indah sungguh susunan Allah Taala. Dengan pencapaian ini, SKM 1 telah dianugerahkan ANUGERAH PROGRAM jQAF kategori Kemenjadian Murid Tahun 6. 




Terima kasih dan penghargaan kami rakamkan kepada semua Warga SKM1 yang sama-sama membantu dan menyokong penuh usaha kami. Tanpa kalian semua, mustahil kejayaan ini dapat kami genggam. 

Sabtu, 30 April 2016

Surau Al-Haidir kembali bersinar

Lihat Artikel




KEMBALI BERSINAR.

Alhamdulillah...berkat kerjasama semua pihak, Surau Al-Haidir kembali bersinar dan ceria. Harapan kami agar Surau Al-Haidhir akan diimarahkan oleh semua warga sekolah semaksima yang mungkin. Insya Allah, beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan untuk tujuan berikut. Semoga visi & misi kami akan tercapai...




Selasa, 12 April 2016

Mengecat Bangunan Surau Al- Hidhir

Lihat Artikel
LANGKAH PERTAMA : MENGECAT BANGUNAN SURAU AL-HIDHIR

         Alhamdulillah..berkat kerjasama para pentadbir, guru dan pekerja, langkah pertama yang diambil untuk mengecat bangunan Surau Al-Hidhir telah berjaya. Usaha ini dijalankan pada cuti pertengahan semester baru-baru ini. 
          
         Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada semua warga SK Merlimau 1 yang memberi sumbangan tenaga, sumbangan berupa wang ringgit dan idea untuk sama-sama menceriakan surau Al-Hidhir. 
      
       Tujuan kita adalah untuk menarik minat para pelajar mengimarahkan surau sekolah semaksima yang mungkin. Harapan kita, agar para pelajar dapat adabtasikan pengimarahan surau dalam kehidupan seharian apabila menghadapi realiti kehidupan dalam masyarakat. Insya Allah...






Khamis, 7 April 2016

Projek Menaiktaraf Dan Menceriakan Surau Al-Hidhir

Lihat Artikel

PROJEK MENAIKTARAF DAN MENCERIAKAN SURAU AL-HIDHIR

Surau Al-Haidhir telah dibina pada tahun 2011 dan dirasmikan oleh Dato’ Haji Zainal Abidin bin Putih DSNS,JP yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.  Surau ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang memuaskan seperti PA system, kipas, tempat wudhuk lelaki dan perempuan, papan putih untuk tujuan PdP serta kemudahan lain.

Ruang solat agak luas dan boleh memuatkan 100 hingga 130 jemaah dan murid-murid bagi satu-satu masa. Selain itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut dijalankan disini. Pengajaran dan pembelajaran dua kelas boleh dilakukan serentak dan ia masih lagi dalam suasana yang selesa. Selain itu, aktiviti-aktiviti sempena hari kebesaran Islam, aktiviti Kelab Agama Islam  turut dijalankan di sini. 

 Setelah 5 tahun pembinaan Surau Al-Haidhir, terdapat kerosakan yang telah dikenal pasti dan kerja-kerja menaiktaraf serta menceriakan semula surau ini amat perlu. Dalam masa yang sama pihak sekolah mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia  kategori surau sekolah rendah (ASISKPM) untuk tahun 2016.

Bahagian luar dan dalam Surau Al-Hidhir sebelum dinaiktaraf dan diceriakan.








Rabu, 22 Mei 2013

Aktiviti Panitia Pendidikan Islam Penggal Pertama 2013

Lihat Artikel


1. Tazkirah Pendek pada pagi Jumaat.

2. Majlis Bacaan Yassin bersama pelajar tahun 6 pada pagi Jumaat.

3. Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 14 Feb. 2013.

Aktiviti : 
  • Jamuan bubur Asyura
  • Persembahan Maulid dari Sekolah Tahfiz Assolihin, Merlimau.
4. Mesyuarat Panitia Pen. Islam 1 & 2 pada 17 Jan dan 14 Mei 2013.

5. Kem Bestari Solat sesi 1 & 2 bagi tahun 1-6.

Rabu, 15 Ogos 2012

Aktiviti sepanjang Program Ihya' Ramadhan & Bulan Panitia Pen.Islam

Lihat Artikel


Tahap 1
1. Pertandingan Hafazan Ayat-ayat Lazim 
2. Pertandingan Mewarna Ihya' Ramadhan 
3. Pertandingan Menulis Jawi Cantik 
4. Kuiz Bahasa Arab 

Tahap 2
1. Pertandingan Menulis Khat
2. Pertandingan Kad Raya Kreatif  
3. Pertandingan Buku Skrap Moral
4. Pertandingan Kuiz Bahasa Arab

Isnin, 6 Ogos 2012

Program Ihya' Ramadhan dan Bulan Panitia Pendidikan Islam

Lihat Artikel
Tarikh : 23 Julai hingga 16 Ogos 2012

Objektif : 
  • Melahirkan generasi seimbang menghayati Bulan Ramadhan
  • Malibatkan murid dalam aktiviti yang dianjurkan sempena minggu Panitia Pendidikan Islam.

 

Gimik perasmian oleh Tuan Guru Besar SKM Satu - Pn. Hjh Norlailah bt Maeraj

Persembahan dialog Bahasa Arab oleh murid tahun 4

Majlis Maulidur Rasul 2012

Lihat Artikel
Tarikh        :  18 Febuari 2012
Hari           :  Jumaat
Tempat      :  Dataran dan Perkarangan SK Merlimau Satu.
Aktiviti      : 1. Ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Adib
                    2. Kuiz Maulidur Rasul
                    3. Perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat.
                    4. Jamuan bubur Asyura.


Pada 18 Febuari 2012 yang lepas, Majlis Maulidur Rasul merupakan majlis pertama dan pembuka bagi Panitia Pendidikan Islam. Berbagai aktiviti telah dirancang dan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ini semua, berkat kerjasama pihak pentadbir, ahli panitia, guru-guru, staf sokongan dan juga murid-murid. Alhamdulillah.

Warna warni sambutan Maulidur Rasul SK Merlimau Satu.