Jumaat, 22 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Itulah ucapan keramat dari pelajar-pelajar yang membuatkan kita yang bergelar pendidik sayu menusuk dalam kalbu.

Maka berbanggalah wahai guru-guru....renungilah puisi Sasterawan negara, Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa
Jika hari ini Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden memerintah sebuah negara
Jika hari ini ulama yang mulia
Jika hari ini peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa saja yang menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar baca tulis...


Artikel Terkait