Ahad, 24 Mei 2009

PELAPORAN j-QAF JUN, 2009.

Ahamdulillah, j-QAF SK Melimau 1 telah pun download e-laporan dari jqafmelaka.blogspot. Tahniah wa syukran untuk jqafmelaka kerana sumbangan yang berguna buat kami semua. 

Buat warga j-QAF Melaka dan lain-lain negeri, sama-samalah kita berjuang menyiapkan e-laporan ni. Moga-moga laporan kita tepat, cepat dan hebat.

Kita kena sahut cabaran Ketua Sektor SSPIM Melaka yang sentiasa menyebut " j-QAF Melaka World" dan matlamat pendidikan Melaka yang berprinsip " Melaka no 1". Apa yang penting, harap-harap kita semua dapat menyiapkan e-laporan tepat pada masanya...Insya Allah.

Jumaat, 22 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Itulah ucapan keramat dari pelajar-pelajar yang membuatkan kita yang bergelar pendidik sayu menusuk dalam kalbu.

Maka berbanggalah wahai guru-guru....renungilah puisi Sasterawan negara, Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa
Jika hari ini Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden memerintah sebuah negara
Jika hari ini ulama yang mulia
Jika hari ini peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa saja yang menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar baca tulis...


Jumaat, 8 Mei 2009

Kem Bestari Solat 2

Alhamdulillah....wa syukran lillah, usrah j-QAF SK Merlimau 1 baru sahaja selesai menjalankan Kem Bestari Solat kali ke-2 untuk tahun 2009.

Moga-moga apayang kami jalankan tidak akan terpesong objektifnya. Harapan kami dan seluruh j-QAF satu Malaysia semuanya berusaha di ats landasan yang sama iaitu untuk melihat anak-anak kita dapat solat dengan sempurna. Apa-apa pun, sesuatuprogram tidak akan berjaya tanpa pertolongan dan kerjasama yang jitu dari ahlinya. Syabas dan tahniah kepada Ust. Asri merangkap ketua -QAF SK Merlimau 1. Ustz. Sa'adah, Ustz. Noraidah, Ustz. Herna, Ustzh. Azura dan Ust. Norzi. Tanpa usaha, kita tak akan berjaya. 

Moga ikatan ukhuwwah kita kukuh selama-lamanya. Buat anak-anak SK M1, kalian memang membutuhkan bimbingan dan perhatian. Ingat pesan ust dan ustz, bijak macamana pun kita, tanpa kekuatan rohani dan akhlak mulia, anak-anak akan kecundang.