Jumaat, 22 Jun 2012

Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2012



Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T yang Maha Kuasa, sambutan Majlis Israk dan Mikraj yang kami rancang telah berjalan lancar. Di sebalik perancangan kita, pastinya ada " Perancang" yang terbaik. 
        Pertama sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak pentadbir yang memberi sokongan, ahli panitia Pendidikan Islam & jQAF, rakan-rakan guru dan tak lupa buat pengusaha kantin  yang bermurah hati menyumbang jamuan di majlis ini, Beliau telah mengaqiqahkan 7 orang anak yatim sekolah kita. Jazakallahul khair.
Seterusnya, lihatlah gelagat guru-guru yang sentiasa memberi komitmen ....



 Rewang pada petang Khamis.

Jamuan Guru

Khamis, 21 Jun 2012

Salam Kembali

Assalamualaikum… 

  •  Salam untuk semua, terutama yang sudi-sudikan diri untuk singgah ke Blog Pendidikan Islam & jQAF, dulu Blog jQAF SKM 1. 
  •  Syabas buat semua guru-guru jQAF yang banyak menggalas tugas. Bukan saja “tugas utama” kita, tapi berbagai tanggungjawab sudahdipikul…Penyelaras SPBT, SU KO, SU HEM…dll. Tahniah, moga usaha kita tak sia-sia. Insya Allah. 
  •  Dan, seterusnya..telah kembali tugas kita, mengisi ELAPORAN sesi Jun 2012. Di sini, saya sertakan ELAPORAN V12 untuk tahun 1 hingga 6 untuk dikongsi bersama. Moga dapat dimanfaatkan.