Sabtu, 30 April 2016

Surau Al-Haidir kembali bersinar





KEMBALI BERSINAR.

Alhamdulillah...berkat kerjasama semua pihak, Surau Al-Haidir kembali bersinar dan ceria. Harapan kami agar Surau Al-Haidhir akan diimarahkan oleh semua warga sekolah semaksima yang mungkin. Insya Allah, beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan untuk tujuan berikut. Semoga visi & misi kami akan tercapai...




Selasa, 12 April 2016

Mengecat Bangunan Surau Al- Hidhir

LANGKAH PERTAMA : MENGECAT BANGUNAN SURAU AL-HIDHIR

         Alhamdulillah..berkat kerjasama para pentadbir, guru dan pekerja, langkah pertama yang diambil untuk mengecat bangunan Surau Al-Hidhir telah berjaya. Usaha ini dijalankan pada cuti pertengahan semester baru-baru ini. 
          
         Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada semua warga SK Merlimau 1 yang memberi sumbangan tenaga, sumbangan berupa wang ringgit dan idea untuk sama-sama menceriakan surau Al-Hidhir. 
      
       Tujuan kita adalah untuk menarik minat para pelajar mengimarahkan surau sekolah semaksima yang mungkin. Harapan kita, agar para pelajar dapat adabtasikan pengimarahan surau dalam kehidupan seharian apabila menghadapi realiti kehidupan dalam masyarakat. Insya Allah...






Khamis, 7 April 2016

Projek Menaiktaraf Dan Menceriakan Surau Al-Hidhir


PROJEK MENAIKTARAF DAN MENCERIAKAN SURAU AL-HIDHIR

Surau Al-Haidhir telah dibina pada tahun 2011 dan dirasmikan oleh Dato’ Haji Zainal Abidin bin Putih DSNS,JP yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.  Surau ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang memuaskan seperti PA system, kipas, tempat wudhuk lelaki dan perempuan, papan putih untuk tujuan PdP serta kemudahan lain.

Ruang solat agak luas dan boleh memuatkan 100 hingga 130 jemaah dan murid-murid bagi satu-satu masa. Selain itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut dijalankan disini. Pengajaran dan pembelajaran dua kelas boleh dilakukan serentak dan ia masih lagi dalam suasana yang selesa. Selain itu, aktiviti-aktiviti sempena hari kebesaran Islam, aktiviti Kelab Agama Islam  turut dijalankan di sini. 

 Setelah 5 tahun pembinaan Surau Al-Haidhir, terdapat kerosakan yang telah dikenal pasti dan kerja-kerja menaiktaraf serta menceriakan semula surau ini amat perlu. Dalam masa yang sama pihak sekolah mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia  kategori surau sekolah rendah (ASISKPM) untuk tahun 2016.

Bahagian luar dan dalam Surau Al-Hidhir sebelum dinaiktaraf dan diceriakan.