Rabu, 21 Julai 2010

Melahirkan Generasi Rabbani...


Setelah sekian lama menyepi,kini jQAF SK Merlimau 1 akan kembali mencatat segala aktiviti jQAF SK Merlimau 1 samada yang telah dijalankan dan perancangan aktiviti yang bakal dijalankan.

Dua minggu yang lepas, guru-guru jQAF SK Merlimau 1 telah berpadu tenaga menyiapkan e-laporan untuk 6 bulan pertama. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan komitmen yang tinggi, e-laporan bagi tahun 1 hingga 6 telah berjaya disiapkan.

Sebelum mengisi maklumat di dalam e-laporan, ujian pencapaian jawi 6 pertama untuk tahun 1 hingga 6.

Insya Allah,KBS 3 akan menyusul pada minggu hadapan. KBS kali ini akan lebih ditumpukan kepada bacaan wajib dan sunat dalam solat. Harapan kami agar murid jqaf mampu menunaikan solat dengan betul sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Insya Allah...